APA YANG KAMI TAWARKAN

Menghasilkan dan menjual benih pisang Saba dan pisang berangan.

Baka benih ini diambil daripada baka yang terbaik dan bebas daripada penyakit. Dengan penjagaan yang baik, ia akan berbuah 2 – 3 bulan lebih awal berbanding dengan menggunakan sulur biasa.

Taklimat dan Demo Kultur Tisu Tumbuhan kepada pelajar sekolah.

Menganjurkan sessi Taklimat dan Demo yang berkaitan dengan teknik kultur tisu tumbuhan kepada pelajar-pelajar sekolah. Antara objektifnya ialah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah seawal mereka di sekolah rendah lagi.

Taklimat dan Demo Teknik Kultur Tisu untuk orang awam.

Menganjurkan Kursus dan Latihan Teknik Kultur Tisu untuk orang awam. Ia bertujuan agar orang awam juga mendapat pengetahuan bagaimana benih dihasilkan menggunakan teknik Kultur Tisu.

Scroll to Top